• news

    Ringgit ditutup tinggi

    KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat risiko bertambah baik, susulan keputusan Presiden AS Donald Trump untuk melanjutkan tarikh akhir tarif ke atas barangan China selepas minggu ini, kata peniaga.

    Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0650/0700 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.0760/0810 ketika ditutup pada Jumaat.

    Pada Ahad, Trump berkata beliau akan menangguhkan tarikh akhir tarif berkenaan dan bertemu rakan sejawatannya bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan, sekiranya kemajuan seterusnya dicapai.

    Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound Britain.

    Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0113/0155 daripada 3.0119/0165 pada Jumaat, serta naik berbanding euro kepada 4.6130/6203 daripada 4.6214/6287.

    Mata wang tempatan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6721/6769 daripada 3.6770/6825 namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.3170/3240 daripada 5.3065/3135.

    — Sumber: BERNAMA

    The post Ringgit ditutup tinggi appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Ringgit ditutup tinggi
  • news

    Gamuda jamin rancangan pengambilalihan konsesi ikut nilai pasaran

    KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd (Gamuda) akan memastikan rancangan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya seperti yang dicadangkan kerajaan, dibuat berdasarkan norma dan amalan penilaian pasaran.

    Dalam maklumannya di Bursa Malaysia hari ini syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka itu berkata, ia sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan berkaitan cadangan pengambilalihan itu.

    “Memandangkan Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat untuk memberikan penilaian yang adil dan munasabah kepada semua pemegang saham, Gamuda harus memastikan urus niaga yang dicadangkan itu dibuat berdasarkan norma dan penilaian pasaran.

    “Gamuda akan membuat pengumuman mengenai perkara itu sebaik sahaja terdapat perkembangan terbaharu mengenainya,” katanya.

    Kerajaan minggu lalu mengumumkan telah memulakan rundingan bersama Gamuda bagi tujuan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan pegangan majoritinya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi lebuh raya kendaliannya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisme kutipan tol.

    Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari, manakala waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi, tol adalah percuma.

    Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

    Hasil kutipan caj kesesakan akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

    Manakala, lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam yang kemudian akan digunakan untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

    Rancangan itu dikemukakan susulan janji kerajaan Pakatan Harapan di dalam manifesto pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi.

    Ini sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya.

     

    — Sumber: Berita Harian

    The post Gamuda jamin rancangan pengambilalihan konsesi ikut nilai pasaran appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Gamuda jamin rancangan pengambilalihan konsesi ikut nilai pasaran
  • news

    Lima Taktik Pemasaran dengan Kos Murah

    Pemasaran boleh menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh setiap perniagaan, dan ia boleh melibatkan kos yang mahal. Tiada siapa yang mahu menghabiskan ribuan ringgit dalam taktik pemasaran, hanya untuk melihat hasil yang mengecewakan apabila kempen pemasaran berakhir. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari terdapat taktik yang mereka boleh bereksperimen dengan kos yang rendah.

    Berikut adalah lima taktik pemasaran kos rendah yang mungkin berfungsi untuk mewujudkan kesedaran, dan menetapkan hala tuju perniagaan anda.

    Bekerjasama dengan perniagaan lain

    Bekerjasama dengan perniagaan yang lain boleh menjadi cara terbaik untuk memperlihatkan perniagaan anda wujud. Cari perniagaan yang sesuai dengan perniagaan anda, dan mempunyai sasaran pelanggan yang sama. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual tudung, anda boleh bekerjasama dengan butik atau kedai jahit yang berdekatan.

    Anda boleh bekerjasama dalam pelbagai cara yang berbeza. Sama ada dengan cara meletakkan maklumat perniagaan yang ringkas dalam laman web, media sosial seperti facebook atau di premis perniagaan satu sama lain.

    Anda juga boleh menjalinkan kerjasama dengan perniagaan lain yang di luar aktiviti perniagaan. Lagi ramai yang boleh anda bekerjasama, lebih luas peluang untuk mempromosikan aktiviti perniagaan anda.

    Promosi bertema menjadikan taktik pemasaran yang luar biasa

    Promosi bertema yang diadakan pada hari tertentu, atau masa tertentu dalam setiap tahun boleh menjadi sangat berkesan untuk membuatkan pelanggan mengejar dan ternanti nantikan jualan anda.

    Ini amat berkesan apabila dijalankan secara konsisten dan teratur supaya corak promosi tertanam dalam fikiran pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh mengadakan jualan promosi pada musim cuti sekolah atau promosi setiap hari ahad dengan potongan harga yang menguntungkan pelanggan.

    Memperkenalkan program rujukan/referral

    Pelanggan baru sangat bernilai buat anda, dan pelanggan sedia ada boleh menjadi jentera mendapatkannya untuk anda. Fikirkan tentang mewujudkan program rujukan yang memberi ganjaran kepada para pelanggan yang terlibat dan aktif dalam mempromosikan perniagaan anda kepada rakan dan keluarga mereka untuk melanggan jualan anda.

    Sebagai contoh, butik tudung boleh memberi ganjaran kepada pelanggan yang sedia ada, satu tudung percuma atau diskaun istimewa apabila mereka membawa rakan mereka untuk membeli di premis anda. Oleh kerana anda hanya akan mengeluarkan kos apabila benar-benar mendapat pelanggan baru, ia tidak merugikan dibandingkan dengan mengeluarkan kos wang yang banyak untuk pengiklanan yang belum pasti ada pulangan.

    Melibatkan diri dalam perbualan dalam talian

    Anda mungkin sudah mempunyai platform media sosial untuk perniagaan anda dan selalu menulis tentang apa yang telah anda lakukan. Walau bagaimanapun, dengan meluangkan masa untuk meneroka penulisan orang lain yang bukan sekitar aktiviti dan industri perniagaan anda boleh mendatangkan manfaat. Antaranya,

    • Sertai sembang Twitter sebagai seorang pakar
    • Cari individu yang suka dengan apa yang anda lakukan
    • Mengikuti mereka
    • Melibatkan diri dengan mereka

    Sebagai contoh, jika anda adalah seorang penjual jus buah, cari orang di media sosial yang menulis tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya, ikuti mereka dan menjadi sebahagian daripada pengikut mereka. Dengan cara ini, anda mudah untuk mempromosikan perniagaan anda tanpa melakukan kesilapan penulisan kerana anda tahu apa yang diperlukan oleh bakal pelanggan.

    The post Lima Taktik Pemasaran dengan Kos Murah appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Lima Taktik Pemasaran dengan Kos Murah
  • news

    Enam Cara Freelancer Bikin Wang Lebih

    Bagi menampung kos sara hidup masa kini, ramai yang buat kerja sampingan atau kerja sambilan. Baik mereka yang berkerjaya atau suri rumah yang tiada pendapatan bulanan.

    ‘Freelancer’ selalunya menawarkan perkhidmatan tertentu kepada syarikat atau individu yang berlainan pada satu-satu masa.

    Lazimnya, ‘freelancer’ melakukan pekerjaan dari rumah. Kelebihan menjadi ‘freelancer’ adalah punyai waktu yang fleksibel dan mereka boleh memilih sama ada mahu mengambil satu-satu projek atau tidak dan menetapkan bayaran yang mereka mahukan.

    Sama ada melakukannya di rumah atau bergerak dari satu tempat ke tempat lain, anda bebas bekerja dengan cara yang anda suka,andalah majikan, andalah pekerja.

    Ramai ‘freelancer’ bermula kecil dan mengambil masa yang lama sebelum memahami cara untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja-kerja ‘freelance’.

    Berikut adalah tip-tip yang ‘freelancer’ boleh gunakan untuk menjana lebih pendapatan walaupun dari rumah.

    #1 – Tawarkan Khidmat ‘Ekstra’ Ikut Keperluan Pelanggan.

    Ramai ‘freelancer’ di awal waktu mereka bermula, agak takut-takut dan kekok untuk berunding mengenai bayaran mereka.

    Mungkin kerana tiada pengalaman ataupun terlalu sedikit. Jika anda mahu jana lebih pendapatan, jika anda tidak yakin untuk tawar-menawar dengan harga yang mereka bayar kepada anda, anda boleh tawarkan mereka khidmat lain yang syarikat mereka perlukan.

    Contohnya, jika anda adalah penulis bebas untuk website syarikat tersebut, anda boleh tawarkan untuk tulis lebih banyak ‘content’ atau menjaga dan memantau ‘website’ mereka ataupun menawarkan diri untuk menguruskan media sosial mereka yang lain jika anda berkemahiran.

    Daripada sini, anda boleh meningkatkan pendapatan anda dan memperbanyakkan pengalaman anda.

    Apabila anda sudah mempunyai banyak pengalaman, anda boleh menawarkan khidmat yang sama kepada syarikat-syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi.

    #2 – Bina Portfolio Profesional Anda.

    Banyak syarikat bersikap terbuka dalam memberikan peluang kepada muka-muka baru untuk melakukan kerja-kerja penting syarikat namun bayaran yang ditawarkan mungkin rendah daripada harga ‘standard’ yang diperolehi oleh ‘freelancer’ yang lain.

    Untuk waktu permulaan sebagai ‘freelancer’, terima sahaja apa yang ditawarkan untuk membina profil anda dalam bidang ini secara profesional.

    Cuba tawarkan khidmat kepada syarikat-syarikat besar dengan harga yang rendah.

    Jika anda berjaya, ini adalah peluang yang bagus di mana syarikat lain yang seterusnya akan bersikap lebih terbuka dan mudah untuk mengambil perkhidmatan anda kerana mereka mengenali syarikat besar yang anda pernah memberikan perkhidmatan dahulu.

    Anda juga boleh berunding dengan harga yang lebih tinggi kerana anda pernah memberikan khidmat di syarikat-syarikat besar.

    #3 – Bina Kredibiliti Anda Dari Masa Ke Semasa.

    Tiada cara lain untuk membantu anda meningkatkan pendapatan jika kredibiliti anda berada di tahap yang sama.

    Membina profil dan profesion harus selari dengan kredibiliti. Tiada siapa yang mahukan perkhidmatan orang yang tidak boleh memberi komitmen dan menepati tempoh yang ditetapkan.

    Syarikat mengupah ‘freelancer’ bertujuan untuk memudahkan urusan syarikat. Bina kredibiliti yang mantap semasa bekerja dengan menunjukkan prestasi yang bagus.

    Jika hasil kerja anda berkualiti dan diakui oleh syarikat tersebut, pasti ia juga akan disedari oleh syarikat lain dan mereka juga pasti ingin mendapatkan anda.

    Jika hasil kerja anda disukai oleh syarikat tersebut, mungkin mereka juga akan mencadangkan perkhidmatan anda kepada syarikat lain.

    #4 – Jangan Meragui Kebolehan Sendiri.

    Ramai ‘freelancer’ agak ragu-ragu untuk mempromosikan diri sendiri dan kemahiran yang mereka miliki kepada syarikat yang berpotensi.

    Kadang-kadang menghadapi dilema di antara ingin merendah diri atau membangga diri dengan menyebarkan bakat dan kelebihan yang ada.

    Mungkin anda juga risau jika bukan itu yang dimahukan prospek dan mungkin anda juga tidak dapat melakukan tugasan dengan baik mengikut jangkaan mereka.

    Itu adalah perkara biasa dan anda seharusnya membiasakan diri untuk membuang segala rasa takut dan tidak yakin anda terhadap kebolehan anda sendiri.

    Janjikan yang terbaik dan berikan yang terbaik, jika berhasil pasti yang diterima juga baik-baik.

    Jika gagal, jangan putus asa dan cuba perbaiki kelemahan diri anda untuk menjadi lebih baik dan lebih bagus.

    #5 – Belajar Cara Untuk Memberi Keutamaan.

    Apabila anda sudah bergelar ‘freelancer’, anda akan membina profil dan juga ‘base’ pelanggan anda sendiri seperti syarikat atau bisnes lain.

    Lama-kelamaan, anda akan mendapat lebih ramai pelanggan dan perkhidmatan anda akan mula disedari oleh lebih ramai pelanggan.

    Tidak mustahil, dengan prestasi dan kualiti kerja yang bagus, anda mula mendapat banyak tawaran kerja. Pada satu tahap, tawaran kerja daripada pelanggan lama dan baharu akan bercampur-aduk.

    Anda akan mendapat pelbagai jenis skop tugasan yang berbeza dan kadar upah yang berlainan. Di sini, anda harus bijak menguruskan pelbagai tugasan yang diberikan dan bagaimana untuk menetapkan keutamaan anda.

    Sama ada anda ingin memberi keutamaan kepada pelanggan lama atau syarikat yang lebih besar atau mengikut kadar upah yang lebih tinggi atau mengikut tempoh masa yang diberikan dan sebagainya.

    Anda yang harus tentukan sendiri kerana ini juga adalah sebahagian daripada gaya kerja anda yang akan menjadi cara pelanggan dan prospek menilai anda.

    Beri keutamaan kepada pelanggan yang bayar lebih tinggi adalah cara terbaik untuk menambahkan pendapatan anda namun harus juga menjaga kualiti kerja dengan orang yang membayar anda pada kadar yang lebih rendah kerana anda sedang membina kredibiliti dan profil anda.

    Tetapkan juga masa dan had kemampuan anda untuk melakukan maksimum tugasan pada satu masa agar tidak membebankan diri sendiri dan membuatkan kualiti kerja anda merosot.

    #6 – Jangan Pernah Bermula Rendah.

    Sebaik sahaja anda sudah mempunyai pengalaman, profil dan kredibiliti yang kukuh, anda harus bijak menetapkan harga kerana itu adalah nilai anda sebagai seorang yang profesional.

    Jika sebagai seorang ‘freelancer’ yang bagus dan hasil kerja yang dijamin berkualiti dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda boleh meminta harga yang lebih tinggi setiap kali berurusan dengan prospek.

    Walaupun bekerja dari rumah, anda boleh jana pendapatan hingga 5 angka jika bijak merangka strategi.

     

    — Sumber: diolah dari artikel Majalahniaga

    The post Enam Cara Freelancer Bikin Wang Lebih appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Enam Cara Freelancer Bikin Wang Lebih
  • news

    Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari

    Jika anda mahu menjadi berjaya, anda perlu komited untuk merancang dan fokus. Ia juga tidak sukar untuk melakukan 5 tabiat harian yang dikongsi oleh orang yang paling berjaya.

    #1 – Mereka mempunyai rutin pagi yang konsisten.

    Orang yang berjaya seperti Oprah, Elon Musk, Jeff Bezos, dan Arianna Huffington mempunyai rutin pagi. Rutin pagi disini bermaksud, mereka bangun dari tidur dan bersedia untuk bekerja seawal jam 5 pagi.

    Rutin pagi adalah satu set aktiviti dan tabiat yang konsisten, berfungsi untuk membantu anda memulakan hari yang produktif. Sebagai contoh, ini boleh menjadi seperti bangun pada jam 6 pagi, meminum segelas air, bersenam, makan sarapan pagi, mandi, membaca, dan memeriksa e-mel anda.

    Bagi orang lain, mungkin rutinnya berbeza. Apa yang ingin dijelaskan bahawa, anda perlu bersedia untuk mengharungi hari anda.

    #2 – Mengutamakan tugas.

    Orang berjaya tahu membezakan antara tugas penting dan tugas mendesak. Tugas penting adalah yang menyumbang kepada misi atau matlamat jangka panjang, sementara tugas mendesak adalah masa yang sensitif dan perlu ditangani seawal yang mungkin. Masalahnya disini ialah kita sering menghabiskan hari-hari kita pada hari-hari yang mendesak.

    Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, fokuskan beberapa jam pertama hari anda untuk tugas penting. Apabila selesai, anda boleh kembali menumpukan pada tugas-tugas yang mendesak ini.

    #3 – Memaksimumkan masa.

    Kita semua memerlukan masa rehat dari bekerja. Ia membantu mengecas semula bateri kita dan kembali fokus. Walau bagaimanapun, orang yang berjaya menghabiskan masa mereka dengan bijak.

    Daripada memasak dan menonton drama jam tujuh ketika rehat, mereka akan menghabiskan masa dengan membaca, bertafakur, atau belajar sesuatu yang baru.

    #4 – Tidak bertangguh.

    Orang yang berjaya tidak bertangguh, kerana mengangguh adalah sesuatu perkara membuang masa.

    Katakan anda masih ingat untuk mengirim e-mel kepada pelangan menanyakan mengenai projek yang akan datang. Daripada menangguhkan untuk menghantar e-mel tersebut sehingga lewat petang, anda perlu melakukannya sekarang.

    #5 – Bekerja pada masa produktif.

    Walaupun ada manfaat untuk menjadi orang yang bangun awal, tidak semua orang adalah jenis orang bangun pagi. Sesetengah orang adalah jenis burung hantu malam. Ini bermakna mereka tidak akan menjadi produktif diawal pagi.

    Kenal pasti masa yang anda paling produktif, lakukan kerja yang penting pada ketika itu. Jika anda paling produktif antara pukul 9 pagi dan tengah hari, maka ketika itu anda perlu fokus pada tugas anda yang paling penting.

    The post Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari
  • news

    Penat Sebagai Usahawan Pasti Berbaloi

    Sebagai usahawan, penat boleh terubat dengan dua perkara

    #1 – Jualan yang masyuk

    #2 – Pelanggan yang gembira

    Dua perkara ini sangat membantu menghilangkan penat setelah kita berhempas pulas memastikan produk yang terbaik diberikan kepada pelanggan yang memerlukan.

    Selain daripada proses membuat jualan dan pemasaran yang amat memenatkan, seseorang pendiri perniagaan itu perlu juga untuk membuat pelarasan dari segi operasi syarikat, hal ehwal kakitangan, pengurusan stok dengan pembekal, hubungan after-sales-service, dan bermacam-macam lagi.

    Ini sudah tentu menjadikan seorang usahawan itu seorang yang kental hatinya, kental jiwanya dan bermacam-macam lagi kental untuk memastikan perniagaan yang dijalankan dapat membuahkan hasil seperti yang di impikan.

    Namun begitu, terdapat satu kompenan perniagaan yang selalu diabaikan oleh para usahawan.

    Duit Keluar Masuk.

    Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2016, terdapat 151,458 syarikat berstatus enterprise dan 48,659 berstatus sendirian berhad terpaksa gulung tikar apabila tiada rekod duit keluar masuk yang dicatit, atau jika dicatiti tidak disusun mengikut fail-fail tertentu, menjadikan perniagaan mudah ‘tewas’ di pertengahan jalan.

    Ironinya, masalah ini berlaku bukan kerana tidak sedar akan pentingnya proses merekodkan transaksi, tetapi tiada sistem yang tersusun untuk merekod transaksi tersebut. Hal ini membuatkan diri pendiri usahawan itu dalam seperti yang dikatakan oleh pepatah melayu,

    “kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari”

    Menyangka untung dalam bisnes itu ada, rupanya rugi yang banyak menjelma. Akibat? Tiada sistem pengurusan akaun perniagaan.

    Maka dengan itu, UrusNiaga SME diciptakan.

    Dibangunkan secara online untuk memudahkan di akses daripada mana-mana peranti, UrusNiaga SME ini telah terbukti membantu hampir 2000 usahawan mengawal selia urusan perakaunan syarikat dengan mudah dan cepat di samping membantu meningkatkan kadar close sale antara peniaga dan pelanggan.

    Fitur & Penyelesaian

    Sesuai untuk sebarang Perniagaan. Direka untuk membuatkan bisnes anda kelihatan profesional

    Tanpa mengira latar belakang anda. Sistem ini direka untuk digunakan dengan mudah. Interface yang menarik dan tersusun. Dengan beberapa pendedahan dan panduan minima, anda boleh menguasai dengan cepat.

    Hanya memerlukan Google Chrome dan sambungan internet untuk anda mula menggunakan sistem ini. Anda boleh mengakses System UrusNiaga di mana sahaja, tanpa perlu memasang aplikasi lain pada setiap peranti yang digunakan.

    18 Fungsi Urusniaga Untuk Memudahkan Perniagaan Anda.

    #1 – Urus Jualan
    Dokumen jualan boleh dihasilkan dan diurus dengan cepat dan mudah, bermula dari Pesanan Jualan, Sebut Harga, Invois, Resit Bayaran dan Pesanan Penghantaran. Segala-galanya diatur dengan teratur dan kemas.

    #2 – Urus Produk
    Sama ada anda mempunyai produk fizikal, digital atau perkhidmatan, anda boleh menguruskan maklumat produk dengan mudah, imej, harga dan boleh disusun mengikut kumpulan.

    #3 – Boleh digunakan untuk Pelbagai Syarikat
    Tidak ada isu jika anda mempunyai lebih daripada satu syarikat atau entiti perniagaan. Boleh digunakan untuk pelbagai syarikat yang boleh dipisahkan setiap perniagaan dalam satu akaun.

    #4 – Boleh digunakan oleh Team Anda Sendiri
    Boleh diakses oleh berbilang pengguna pada masa yang sama, bagi menjalankan operasi jualan atau mengurus tugas yang lain bergantung kepada peranan yang diberikan. Peranan pengguna boleh dibuat secara dinamik dan ditentukan berdasarkan keperluan anda.

    #5 – Cuti Pekerja
    Menguruskan cuti pekerja dengan menyediakan bilangan hari yang layak untuk di mohon dan menerima atau menolak permohonan cuti.

    #6 – Pengirim S.M.T.P
    Hantar sebarang e-mel melalui sistem, sama ada menghantar invois, sebut harga atau mesej kepada pelanggan menggunakan domain e-mel pilihan anda.

    #7 – Urus Pembelian
    Pesanan Pembelian boleh dikeluarkan kepada pembekal apabila anda ingin membeli bekalan, perkhidmatan atau barangan. Kesemua pembelian boleh dieksport ke perbelanjaan dengan mudah.

    #8 – Pengurusan Stok
    Setiap produk boleh ditetapkan untuk diuruskan oleh Pengurusan Stok. Anda boleh menambah dan memantau kuantiti stok, mewujudkan kod bar atau menentukan SKU pilihan anda.

    #9 – Data Pelanggan
    Sama ada pelanggan adalah syarikat atau individu. Data penting boleh disimpan seperti nama, imej, tarikh lahir, telefon, e-mel dan alamat surat menyurat bagi tujuan jualan dan promosi.

    #10 – Uruskan Pekerja
    Menguruskan maklumat pekerja anda seperti data peribadi, tarikh pengambilan bekerja dan maklumat lain yang boleh ditambah secara dinamik bergantung kepada keperluan anda.

    #11 – Point Of Sale
    Direka sebagai kegunaan umum yang boleh memenuhi jenis perniagaan seperti restoran, runcit atau jualan tunai bergantung kepada keperluan anda. Dengan menggunakan pencetak thermal dan laci tunai terpilih, anda boleh mengendalikan kedai anda di mana-mana sahaja.

    #12 – Laporan Menyeluruh
    Menyediakan pelaporan komprehensif untuk Jualan, Pembayaran, Stok, Produk, Pembelian, Perbelanjaan, Ringkasan Cukai GST, Keuntungan dan Kerugian, Akaun Luput dan Penyata Pelanggan

    #13 – Urus Perbelanjaan
    Anda boleh menyimpan semua perbelanjaan anda dengan memuat naik imej resit atau mengimport rekod dari modul lain dengan hanya satu klik.

    #14 – Harga Gantian
    Harga produk boleh ditetapkan lebih daripada satu bergantung pada keperluan anda. Sangat membantu apabila anda perlu memberi harga yang berbeza untuk pelanggan atau kumpulan pelanggan yang berlainan.

    #15 – Urus Pembekal
    Sama seperti pelanggan, pembekal boleh ditakrifkan sebagai vendor, syarikat, orang atau entiti yang dikategorikan sebagai pembekal.

    #16 – Penyata gaji Pekerja
    Menguruskan gaji pekerja dan upah pekerja anda, sumbangan dan keperluan lain yang berkaitan dengan peraturan majikan. Jana penyata gaji pekerja yang boleh dimuat turun atau di e-mel secara terus kemudian.

    #17 – Templat
    Anda boleh mengubah reka bentuk dokumen jualan dengan mempunyai sedikit pengetahuan tentang skrip web dan membuat kandungan yang telah ditetapkan seperti e-mel dan lain-lain yang berkaitan.

    #18 – Fungsi Pelbagai
    Dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti Invois Berulang, Mata Wang Pelbagai, modul Cukai seperti GST, Pengesanan Pos, Tandatangan Digital, Cop Digital Syarikat, Pengirim SMTP, Medan tersuai, Backup / Restore dan Log aktiviti

    Lihat apa kata usahawan yang gembira..

     

    Mulakan percubaan percuma 14 hari anda di sini.

     

    — Sumber: diolah dari artikel iwd.asia

    The post Penat Sebagai Usahawan Pasti Berbaloi appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Penat Sebagai Usahawan Pasti Berbaloi
  • news

    Nak tahu apa itu SME?

    SME adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris Small Medium Enterprise bermaksud Perniagaan Kecil dan Sederhana dalam Bahasa Melayu.

    Apa yang dimaksudkan dengan Perniagaan Kecil dan Sederhana?

    Perniagaan Kecil dan Sederhana dikategorikan dalam dua industri iaitu Pembuatan dan Perkhidmatan.

    #1 – Pembuatan

    Contoh industri pembuatan adalah seperti kilang alat ganti atau aktiviti perniagaan yang melibatkan produk fizikal.

    Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

    #2- Perkhidmatan dan Sektor Lain

    Contoh industri Perkhidmatan dan sektor lain adalah aktiviti perniagaan selain dari industri pembuatan.

    Jualan tahunan tidak melebihi RM20juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

    Sedikit Mengenai Pemilik Perniagaan Kecil dan Usahawan.

    Karakter usahawan yang sebenar adalah ditandai dengan sifat-sifat seperti penciptaan produk-produk serta perkhidmatan yang baru, dan juga model perniagaan mereka. Pengusaha kecil pula meniru apa yang telah sedia ada dalam perniagaan sekarang. Kebanyakan perniagaan kecil pada masa kini meniru apa yang dijalankan oleh perniagaan besar dengan hanya beberapa perubahan kecil.

    Namun begitu, pemilik perniagaan juga boleh dikatakan sebagai seorang usahawan kerana, golongan ini memulakan perniagaan dan hidup dalam suasana usahawan. Mereka juga berhadapan dengan situasi yang sama seperti apa yang dihadapi oleh seorang usahawan. Secara jelasnya adalah sesiapa sahaja yang memiliki perniagaan adalah seorang usahawan.

    Orang yang bekerja sendiri atau bekerja untuk orang lain juga boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan dengan syarat menjalankan perniagaan. Mengambil contoh seperti: Founder (orang memulakan perniagaan) melantik ejen jualan seperti franchise.

     

    The post Nak tahu apa itu SME? appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Nak tahu apa itu SME?
  • news

    Kuat bersaing Kurang berjaya

    Suatu laporan kajian memberitahu beribu-ribu penyelidikan dan juga eksperimen pernah dijalankan bagi mengetahui apakah strategi kompetitif (sikap suka bersaing) ataupun strategi kooperatif (sikap suka berkerjasama) yang efektif dalam kejayaan.

    Menurut laporan itu hampir semua kajian dan eksperimen itu menghasilkan penemuan bahawa strategi kooperatif menghasilkan kejayaan yang lebih tinggi.

    Kekecualian hanya berlaku di kalangan pemain chess, di mana didapati sikap suka bersaing amat tinggi di kalangan mereka.

    Di kalangan salesman, didapati salesman yang suka membantu rakan-rakan salesman lain menunjukkan rekod jualan mereka lebih tinggi dibandingkan dengan salesman yang kuat bersaing.

    Di kalangan saintis, didapati saintis yang suka membantu saintis lain menghasilkan lebih banyak laporan saintifik yang terbit dalam jurnal.

    Di kalangan pengurus, didapati pengurus yang suka berkerjasama dengan pengurus lain menerima gaji yang lebih tinggi.

    — Sumber: Penulisan Pn. Ainon

    The post Kuat bersaing Kurang berjaya appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Kuat bersaing Kurang berjaya
  • news

    Apakah itu dinamakan SEO?

    SEO adalah ringkasan dari perkataan Search Engine Optimization dan jika diterjemahkan di dalam Bahasa Malaysia kita adalah optimasi enjin carian. SEO adalah teknik untuk meningkatkan prestasi aliran trafik ke dalam website atau blog kita. Untuk peniaga-peniaga internet yang menggunakan medium internet sebagai medium untuk meningkatkan jualan mereka, SEO menjadi antara alat yang paling berkuasa untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

    Sebagai analoginya, jika seseorang itu sudah mempunyai premis perniagaan. Dia akan sedaya upaya memberitahu bakal-bakal pelanggannya untuk ke tempat perniagaannya dengan memacakkan sebanyak mungkin papan tanda untuk ke premis perniagaannya. Semakin banyak papan tanda yang dipacakkannya maka semakin banyak bakal-bakal pelanggan yang akan tahu di mana terletaknya premis perniagaannya.

    Namun uniknya SEO ini di mana teknik ini mensasarkan pelanggan yang betul-betul mahukan perkhidmatan dan produk yang mereka perlukan. Oleh itu secara tak langsung, kebarangkalian untuk pelanggan membeli setelah singgah ke website dan blog kita semakin tinggi.

    Jika anda tercari-cari cara untuk meningkatkan bilangan pelanggan ke website dan blog atau melajukan website. Anda boleh hubungi syarikat Rutweb Technology Sdn Bhd untuk mendapatkan khidmat nasihat serta melanggan servis mereka.

    Rutweb Technology Sdn Bhd: https://rutweb.com

     

     

     

    The post Apakah itu dinamakan SEO? appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Apakah itu dinamakan SEO?