news

Nak tahu apa itu SME?

SME adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris Small Medium Enterprise bermaksud Perniagaan Kecil dan Sederhana dalam Bahasa Melayu.

Apa yang dimaksudkan dengan Perniagaan Kecil dan Sederhana?

Perniagaan Kecil dan Sederhana dikategorikan dalam dua industri iaitu Pembuatan dan Perkhidmatan.

#1 – Pembuatan

Contoh industri pembuatan adalah seperti kilang alat ganti atau aktiviti perniagaan yang melibatkan produk fizikal.

Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

#2- Perkhidmatan dan Sektor Lain

Contoh industri Perkhidmatan dan sektor lain adalah aktiviti perniagaan selain dari industri pembuatan.

Jualan tahunan tidak melebihi RM20juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Sedikit Mengenai Pemilik Perniagaan Kecil dan Usahawan.

Karakter usahawan yang sebenar adalah ditandai dengan sifat-sifat seperti penciptaan produk-produk serta perkhidmatan yang baru, dan juga model perniagaan mereka. Pengusaha kecil pula meniru apa yang telah sedia ada dalam perniagaan sekarang. Kebanyakan perniagaan kecil pada masa kini meniru apa yang dijalankan oleh perniagaan besar dengan hanya beberapa perubahan kecil.

Namun begitu, pemilik perniagaan juga boleh dikatakan sebagai seorang usahawan kerana, golongan ini memulakan perniagaan dan hidup dalam suasana usahawan. Mereka juga berhadapan dengan situasi yang sama seperti apa yang dihadapi oleh seorang usahawan. Secara jelasnya adalah sesiapa sahaja yang memiliki perniagaan adalah seorang usahawan.

Orang yang bekerja sendiri atau bekerja untuk orang lain juga boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan dengan syarat menjalankan perniagaan. Mengambil contoh seperti: Founder (orang memulakan perniagaan) melantik ejen jualan seperti franchise.

 

The post Nak tahu apa itu SME? appeared first on SME Niaga.