news

Memulakan Perniagaan: Memilih Pekerja Utama

Mengenal pasti pekerja utama atau key person bagi perniagaan anda adalah sangat penting. Ia bukanlah satu masalah yang besar jika syarikat anda berstatus pemilikan tunggal. Kerana hanya anda seorangĀ  sahaja yang akan menjalankan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, jika perniagaan anda melibatkan pekerja lain, maka anda perlu mengenal pasti pekerja utama untuk di beri keutamaan dan tanggung jawab yang lebih. Kejayaan dan masa depan syarikat anda bergantung kepada kemahiran, pengalaman dan usaha kakitangan penting tersebut.

Anda perlu mengenal pasti kakitangan utama dengan memeriksa latar belakang, bidang kepakaran mereka, dan apa-apa sumbangan yang telah diberikan menambah baik perjalanan perniagaan anda. Mengetahui dan memahami visi dan misi perniagaan anda sangat membantu dalam mencari kakitangan utama yang sesuai.

 


Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

Fetured Image: pixabay.com


 

The post Memulakan Perniagaan: Memilih Pekerja Utama appeared first on SME Niaga.