• news

    Pemasaran yang Berkesan

    Pernahkah anda terfikir ba­gaimana sesuatu produk itu menjadi sangat terkenal. Adakah kerana produknya bagus, perkhidmatan yang pantas atau pemasarannya yang berkesan.

    Rata-rata pengguna di Malaysia terpukau dengan iklan-iklan di media massa seperti televisyen, radio mahupun di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi, di manakah kekuatan produk mereka sebenarnya di antara medium tersebut.

    Saya sebagai pengurus pemasaran syarikat Rimbun Sekebun telah mengenal pasti beberapa cara dan kaedah yang telah mereka gunakan untuk memastikan produk mereka dikenali ramai.

    Sebagai contoh produk Milo keluaran Nestle sehingga kini mendapat permintaan yang sangat tinggi, seakan-akan ia adalah benda wajib yang perlu ada di setiap rumah. Atas desakan anak-anak, ibu bapa terpaksa membeli produk berkenaan untuk memberikan kepuasan kepada anak mereka.

    Selain dari itu, produk makanan segera paling terlaris di Malaysia iaitu McDonald’s. Saban hari kita terpukau dengan iklannya yang mengasyik dan menggiurkan orang yang menontonnya di kaca televisyen ataupun di media sosial.

    Persoalannya, bagaimanakah produk-produk mereka boleh memikat dan memukau hati setiap pengguna di Malaysia. Semuanya berpunca daripada pemasaran yang berkesan. Bagaimana ingin menyediakan pemasaran yang berkesan? Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan produk kita terkenal di mata masyarakat. Antaranya adalah:

    Iklan yang menarik

    Iklan yang paling memukau sepanjang kajian saya adalah iklan ayam goreng McDonald’s. Kerangupan ayam yang dikunyah dan warnanya yang sangat menarik menjadikan kaunter pembelian sentiasa di barisi oleh pelanggan-pelanggan yang ingin membeli ayam goreng.

    Selain itu, contoh iklan lain seperti pakaian Bella Ammara, Nealofar Hijab mempamerkan iklan produk yang memegunkan mata yang memandang. Bohonglah sekiranya dua tiga kali lalu depan mata iklan-iklan tersebut tidak mampu meruntun hati yang memandang. Lambat laun iman di dada lemah jua dan akan membeli produk-produk tersebut tambahan lagi ketika gaji atau bonus baru diterima.

    Tagline yang mudah diingati

    Pernahkah anda terde­ngar perkataan sebegini, “Anda rasa saya ada masa untuk sa­kit kepala?”. Saban hari kita mendengar iklan tersebut sehingga kita sendiri ingat dan menyebutnya di dalam hati.

    Tagline sebegini memberikan kesan kepada mereka yang berasa sakit kepala dan memerlukan ubat, akan teringat dan membeli ubat Panadol tersebut untuk dimakan. Contoh tagline kedua seperti “Minum Milo anda jadi sihat dan kuat” atau “Jom sarapan dengan Milo”. Kebanyakkan ibu bapa yang ingin memastikan anak mereka bersarapan pagi, akan mengumpan dengan menggunakan tagline tersebut, sebagai pembakar semangat supaya anak mereka ingin kekal cergas dan sihat di sekolah.

    Papan iklan di lokasi yang strategik

    Beberapa produk telah dikesan memasang papan iklan di merata tempat. Contohnya, produk Nurraysa telah memasang papan iklan besar di seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya tertentu.

    Saya mengalami pengalaman ini di mana sewaktu saya pulang ke Johor Bahru, saya telah mengira berapa banyak papan iklan produk Nurraysa dipasang. Hampir 10 hingga 12 papan iklan terpampang produk Nurraysa ini dengan slogannya “Apa sa?”.

    Sistem pemasaran rujukan

    Setiap perkhidmatan yang kita berikan kepada pelanggan, ibarat seperti satu teknik pemasaran. Apabila seseorang telah membeli daripada kita, dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, berserta dengan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka, ia akan menjadi pemasaran mulut ke mulut dan lebih mudah tersebar. Kebarangkalian rakan mereka mendapatkan perkhidmatan dan membeli produk daripada kita adalah tinggi.

    Seperkara lagi, belum tentu produk kita sudah terkenal akan menghasilkan jualan yang tinggi. Tetapi, apabila sudah sekali ter­kenal hasil jualan pasti akan melambung tinggi. Ini kerana kebiasaannya permintaan daripada pe­langgan berdasarkan kepercayaan terhadap produk yang sudah terkenal.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Faiznur Iffah Pydi.
    Sumber: Utusan Online
    Fetured Image: pixabay.com


    The post Pemasaran yang Berkesan appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Pemasaran yang Berkesan
  • news

    Antara Jualan dan Pemasaran

    Ramai peniaga tidak dapat membezakan antara jualan dan pemasaran. Ada yang menganggap kedua-duanya adalah perkara sama. Kali ini, dikongsikan apakah kaitan dan perbezaan antara jualan dan pemasaran.

    Ia adalah dua perkara yang berkait rapat dan bertujuan meningkatkan pendapatan perniagaan. Oleh itu, ia sukar untuk merealisasikan perbezaan di antara kedua-duanya. Dalam perniagaan yang kecil, kita tidak dapat menemui banyak perbezaan antara jualan dan pemasaran.

    Tetapi bagi perniagaan yang lebih besar, perbezaannya jelas dan kita perlu mempunyai kepakaran khusus untuk mengendalikan secara fokus dan terperinci.

    Jadi bagaimanakah jualan dan pemasaran itu berbeza? Dalam perkataan yang mudah, jualan boleh disebut sebagai proses pengkhususan dan menyasarkan individu atau kumpulan kecil. Sebaliknya pemasaran pula menyasarkan kumpulan lebih besar.

    Konsep jualan dan pemasaran mempunyai perbezaan yang banyak. Jualan hanya tertumpu kepada penukaran permintaan pengguna yang sesuai dengan produk. Tetapi tujuan pemasaran adalah memenuhi kehendak dan tuntutan pengguna supaya mesej yang hendak disampaikan menepati golongan sasaran.

    Jualan

    Jualan merujuk kepada sasaran jangka pendek bagi penjualan produk atau melakukan apa yang perlu untuk menjual. Teknik jualan dan strategi bergantung kepada apa yang diperlukan agar berlakunya proses jual beli.

    Jika anda mempunyai pelanggan tetapi tidak mampu me­yakinkan mereka untuk membeli produk, anda mempunyai masalah dengan strategi penjualan. Strategi jualan adalah tertumpu pada pembeli individu dan teknik yang perlu dilakukan untuk memastikan mereka mengeluarkan wang atau klik pada butang beli ketika melawati laman web jualan dalam talian.

    Kita sebagai peniaga perlu menetapkan sasaran jumlah jualan bagi tempoh tertentu (minggu, bulan dan suku tahunan) dan mempunyai strategi mencapai sasaran tersebut.

    Kebiasaannya, perlu ada unjuran jualan bagi kempen yang dijalankan dan pencapaian yang diraih. Tetapi jika tiada kempen, perlu berbuat sesuatu supaya berlakunya aktiviti jualan yang konsisten setiap hari.

    Pemasaran

    Pemasaran boleh dianggap sebagai permulaan bagi jualan untuk menawan hati pengguna. Ini menggunakan pelbagai kaedah se­perti penjenamaan dan pengiklanan melalui media cetak (surat khabar, majalah, risalah), media elektronik (radio dan televisyen) atau media sosial (melalui iklan viral Facebook, Instagram) bagi mewujudkan kesedaran tentang produk jualan anda.

    Ia adalah konsep jangka panjang dan berkait dengan strategi memahami keperluan pelanggan, mempengaruhi persepsi pelanggan dan mengenal pasti bagaimana kita dapat memanfaatkannya.

    Hasil daripada proses pemasaran dan strategi yang dilaksanakan dapat membantu menjadikan penjualan lebih mudah. Teknik pemasaran dan strategi adalah berdasarkan kepada ke­perluan mengenal pasti produk jualan yang sesuai, harga produk mampu dibeli dan apa yang perlu disampaikan kepada pelanggan sasaran (melalui iklan) agar penjualan produk berjaya.

    Pemasaran merangkumi pe­nye­lidikan (mengenal pasti ke­perluan pelanggan), pemba­ngunan produk (menghasilkan produk inovatif) dan mempromosikan produk (melalui iklan) serta mewujudkan kesedaran mengenai sesuatu produk dalam kalangan pengguna.

    Apabila produk dikeluarkan dan berada di pasaran, kita perlu menjalankan tugas memujuk pelanggan atau pengguna membeli produk tersebut. Seterusnya, kita harus meyakinkan prospek kepada pembelian dan pesanan produk tersebut.

    Selain itu, pemasaran amat penting untuk jangka masa panjang manakala jualan mempunyai matlamat yang lebih pendek. Pemasaran melibatkan proses yang lebih panjang untuk membina penjenamaan dan mencari pe­langgan membeli walaupun mereka tidak memerlukannya. Berlainan dengan jualan, ia adalah proses jangka pendek dan fokus kepada pengguna sasaran sahaja.

    Cara pemasaran

    Satu daripada aspek utama strategi pemasaran ialah membina identiti jenama bagi memudahkan kita menjual dan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza daripada produk lain di pasaran.

    Sebagai contoh, produk Pamoga. Pada ketika itu, masih tiada lagi produk kesihatan tradisional seumpama dengannya. Dr. Vida mula menjual Pamoga melalui kios kecil dan mempromosikan Pamoga melalui slot program Radio di Perak dan Kelantan. Sasaran beliau pada waktu itu, adalah masyarakat setempat yang ber­umur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

    Nama Pamoga mulai terkenal kerana sebutannya mudah. Dengan menggunakan pendekatan berkongsi pengalaman daripada masalah penyakit darah tinggi yang beliau hidapi dan bagaimana menghadapinya.

    Ini menyebabkan para pendengar merasa dekat dan berjaya mengubah prospek sebagai pembeli tetap produk Pamoga. Secara tidak langsung, aktiviti mempromosikan Pamoga berjaya dan mewujudkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mempunyai masalah yang sama.

    Percaya atau tidak, produk Pamoga terjual dengan mudah sehingga kehabisan stok. Ju­alan bulanan pada waktu itu mencecah hingga jutaan ringgit dan berterusan beberapa bulan lamanya.

    Strategi

    Apabila membincangkan me­ngenai Pemasaran vs Jualan, antara perkara penting yang perlu diambil kira pemilik perniagaan adalah mempertimbangkan kedua-dua aspek jualan dan pemasaran secara keseluruhan.

    Dalam sesebuah perniagaan, pemasaran dan jualan harus dikendalikan oleh kumpulan atau individu yang sama kerana kedua-duanya saling berkait dan mempunyai tujuan sama.

    Strategi jualan perlu mempunyai mesej yang sama seperti mesej pemasaran untuk menjadikan ia lebih berkesan dan memaksimumkan peluang untuk menjadikan jualan lebih mudah dan berjaya.

    Kita harus sentiasa fokus dan ambil tahu mengenai kehendak dan keperluan pengguna dari semasa ke semasa bagi memastikan penjualan kita semakin meningkat. Pendek kata, aktiviti jualan dan pemasaran perlu seimbang kerana masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain dengan persembahan gaya tersendiri bergantung kepada syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan berkenaan.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

    Sumber: Utusan Online

    Fetured Image: Designed by Freepik


    The post Antara Jualan dan Pemasaran appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Antara Jualan dan Pemasaran
  • news

    Masih guna buku Invoice atau buku Resit?

    Adakah anda masih menggunakan buku Invoice atau buku Resit bagi mengeluarkan dokument perniagaan anda? atau anda menggunakan masih menggunakan microsoft excel?.

    Antara perkara yang paling penting dalam menguruskan kewangan syarikat adalah menyimpan rekod dokumen kewangan dengan betul dan teratur. System UrusNiaga adalah salah satu sistem yang boleh kita gunakan dalam menyediakan rekod kewangan yang teratur.

    Sistem ini bukanlah sebuah sistem perkaunan yang komplikated dan sukar dikendalikan. Ia lebih kepada sistem penyediaan dokumen-dokumen perniagaan seperti Quotation (Sebut harga), Invoice, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO), Payment Voucher (PV) dan banyak lagi.

    Selain dari penyediaan dokumen. Setiap dokumen yang dikeluarkan direkodkan secara teratur bagi memudahkan peniaga membuat pembayaran dan memantau bayaran yang diterima dan yang penting bayaran yang belum diterima.

    Sistem ini juga boleh digunakan di dalam pelbagai platform seperti Laptop/PC, Tablet, Handphone, ios, android. Yang penting sekali, ia amat mudah digunakan.

    Sistem ini juga menyediakan platform Point of Sales yang amat mudah digunakan. Kalau nak diceritakan satu per satu ciri-ciri System UrusNiaga ini memang banyak, tetapi lebih mudah jika anda mencubanya secara percuma selama 14 hari dengan klik link dibawah:

    https://register.urusniaga.my

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di Facebook Page SAS&Co

    SAS&Co adalah sebuah syarikat yang menyediakan accounting services, tax services, company secretarial services dan penasihat perniagaan.

    Fetured Image: Designed by mindandi / Freepik


    The post Masih guna buku Invoice atau buku Resit? appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Masih guna buku Invoice atau buku Resit?
  • news

    Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari

    Jika anda mahu menjadi berjaya, anda perlu komited untuk merancang dan fokus. Ia juga tidak sukar untuk melakukan 5 tabiat harian yang dikongsi oleh orang yang paling berjaya.

    #1 – Mereka mempunyai rutin pagi yang konsisten.

    Orang yang berjaya seperti Oprah, Elon Musk, Jeff Bezos, dan Arianna Huffington mempunyai rutin pagi. Rutin pagi disini bermaksud, mereka bangun dari tidur dan bersedia untuk bekerja seawal jam 5 pagi.

    Rutin pagi adalah satu set aktiviti dan tabiat yang konsisten, berfungsi untuk membantu anda memulakan hari yang produktif. Sebagai contoh, ini boleh menjadi seperti bangun pada jam 6 pagi, meminum segelas air, bersenam, makan sarapan pagi, mandi, membaca, dan memeriksa e-mel anda.

    Bagi orang lain, mungkin rutinnya berbeza. Apa yang ingin dijelaskan bahawa, anda perlu bersedia untuk mengharungi hari anda.

    #2 – Mengutamakan tugas.

    Orang berjaya tahu membezakan antara tugas penting dan tugas mendesak. Tugas penting adalah yang menyumbang kepada misi atau matlamat jangka panjang, sementara tugas mendesak adalah masa yang sensitif dan perlu ditangani seawal yang mungkin. Masalahnya disini ialah kita sering menghabiskan hari-hari kita pada hari-hari yang mendesak.

    Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, fokuskan beberapa jam pertama hari anda untuk tugas penting. Apabila selesai, anda boleh kembali menumpukan pada tugas-tugas yang mendesak ini.

    #3 – Memaksimumkan masa.

    Kita semua memerlukan masa rehat dari bekerja. Ia membantu mengecas semula bateri kita dan kembali fokus. Walau bagaimanapun, orang yang berjaya menghabiskan masa mereka dengan bijak.

    Daripada memasak dan menonton drama jam tujuh ketika rehat, mereka akan menghabiskan masa dengan membaca, bertafakur, atau belajar sesuatu yang baru.

    #4 – Tidak bertangguh.

    Orang yang berjaya tidak bertangguh, kerana mengangguh adalah sesuatu perkara membuang masa.

    Katakan anda masih ingat untuk mengirim e-mel kepada pelangan menanyakan mengenai projek yang akan datang. Daripada menangguhkan untuk menghantar e-mel tersebut sehingga lewat petang, anda perlu melakukannya sekarang.

    #5 – Bekerja pada masa produktif.

    Walaupun ada manfaat untuk menjadi orang yang bangun awal, tidak semua orang adalah jenis orang bangun pagi. Sesetengah orang adalah jenis burung hantu malam. Ini bermakna mereka tidak akan menjadi produktif diawal pagi.

    Kenal pasti masa yang anda paling produktif, lakukan kerja yang penting pada ketika itu. Jika anda paling produktif antara pukul 9 pagi dan tengah hari, maka ketika itu anda perlu fokus pada tugas anda yang paling penting.

    The post Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Lima Perkara Orang Berjaya Lakukan Setiap Hari