6 Cara Membina Kepercayaan Pelanggan Melalui Media Sosial

Memenuhi kehendak pelanggan kadang kala amatlah sukar, walaupun perkhidmatan yang anda berikan sangat cemerlang. Cara penggunaan media sosial sentiasa berubah, apa yang berfungsi hari ini mungkin tidak lagi menjadi perhatian di kemudian hari.

Kepercayaan pelanggan mampu memberikan keuntungan dalam dunia perniagaan. Penggunaan media sosial adalah alat yang sempurna untuk mencapai matlamat itu, walaupun tanpa menggunakan bantuan profesional untuk melakukannya.

Bagaimanakah anda dapat membina kepercayaan pelanggan anda, mencipta pelanggan baru dan memperoleh pendapatan yang tinggi dengan menggunakan media sosial sebagai perantara ?

#1 – Salurkan Komunikasi yang Jelas

Ada antara syarikat yang menggunakan media sosial sebagai cara, hanya untuk mengumumkan keluaran produk baru, perkhidmatan atau tawaran diskaun. Walaupun model komunikasi satu hala ini mungkin berfungsi bagi rantaian pasaran runcit yang besar, kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang telus perlu menggunakannya lebih dari sekadar pengumuman.

Menggunakan saluran komunikasi yang jelas di media sosial adalah salah satu cara untuk membina kepercayaan pelanggan.  Disamping itu ia mampu menunjukkan imej yang baik kepada umum. Dengan cara ini ramai pengikut media sosial anda ingin lebih tahu tentang produk dan apa yang anda tawarkan.

Anda juga boleh mendapatkan data percuma bagi tujuan kajian pemasaran. Dengan melakukan kaji selidik dan mendapatkan maklum balas pengikut boleh membina kepercayaan antara pelanggan dengan syarikat anda.

#2 – Ketelusan Maklumat

Memberikan maklumat yang tidak tepat kepada pelanggan akan memberikan reputasi buruk kepada perniagaan. Pelanggan mahu tahu apa yang mereka beli dan berapa banyak yang mereka bayar berdasarkan maklumat yang diterima. Setiap maklumat penting, bukan hanya kepada pelanggan tetapi juga kepada anda.

Walaupun anda mempunyai penulis profesional yang bekerja secara bebas sepanjang masa, anda masih perlu menyelaraskan setiap penulis dengan kandungan promosi yang anda berikan kepada orang ramai.

Jika anda mengambil tahu tentang promosi, harga dan perkhidmatan yang diumumkan. Pelanggan anda bukan sahaja gembira tetapi akan terus melanggan serta melakukan promosi mulut ke mulut.

#3 – Kandungan yang Berkaitan dan Berkualiti Tinggi

Walaupun anda tidak perlu mendapatkan khidmat pereka grafik atau penulis untuk membuat kandungan secara profesional, anda masih perlu memberi perhatian kepada apa yang anda gunakan sebagai alat promosi. Orang ramai akan mengingati iklan dan bahan yang buruk selama bertahun-tahun lamanya, adakala mereka boleh menjejaskan kredibiliti jenama anda.

Menggunakan perkhidmatan profesional dalam menyunting kandungan yang telah anda buat adalah cara yang terbaik jika ingin digunakan sebagai iklan di media sosial. Kandungan ini berfungsi untuk membina kepercayaan orang ramai dengan perniagaan anda. Melalui cara kerja profesional dan kandungan yang berkualiti tinggi mampu memberikan gambaran setiap permintaan mereka boleh dipenuhi.

#4 – Sokongan Pelanggan yang Pantas

Sokongan pelanggan adalah bahagian penting dalam membina kepercayaan perniagaan anda dengan pelanggan. Tidak kira apa jenis perkhidmatan yang anda jalankan, percaya atau tidak, sokongan pelanggan adalah bahagian yang sangat diperlukan bagi setiap jenama yang beroperasi dalam talian, terutamanya melalui saluran media sosial. Sesetengah pelanggan anda tidak berpuas hati dengan apa yang mereka beli, adalah menjadi tanggunghawab anda untuk menanganinya.

Setiap kesilapan maklumat boleh diperbetulkan dengan cepat jika mempunyai saluran sokongan pelanggan yang mantap. Dengan menyediakan garis panduan sokongan pelanggan yang jelas di media sosial atau laman web perniagaan anda, mampu memperlihatkan anda sebagai sebuah syarikat yang profesional dan telus.

#5 – Memberikan Ganjaran yang Berterusan

Tidak memberikan perhatian kepada pelanggan anda di media sosial walaupun selama sehari boleh melunturkan kepercayaan yang telah dibina. Alasannya adalah kerana orang suka diberi perhatian oleh sesiapa sahaja yang memberikan perkhidmatan kepada mereka.

Begitu juga dengan memberikan hadiah, kupon diskaun atau pertandingan undian di halaman media sosial. Sekiranya anda tidak mengekalkan komunikasi yang berterusan dan mengemas kini pengikut anda dengan aktiviti terkini, mereka akan cepat membuat andaian.

Menggunakan beberapa penulisan berkualiti pada halaman media sosial dan mempunyai pengurus berdedikasi untuk berkomunikasi dengan pengikut adalah idea yang baik. Jika anda mempunyai pasukan yang berkomunikasi dengan pelanggan setiap hari, anda tidak perlu risau tentang kesetiaan pelanggan.

#6 – Tanggungjawab Sosial dan Moral

Akhir sekali, menggunakan media sosial bagi mempromosikan produk, perkhidmatan dan jenama, anda perlu mempunyai tanggungjawab moral. Menggunakan media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama anda, mewujudkan komunikasi dengan pelanggan dan cuba mengembangkannya, kesemuanya mampu dilakukan dengan memperolehi kepercayaan orang ramai di platform media sosial.

Tanggungjawab seperti ini sering kali terdedah kepada penyalahgunaan atau digunakan untuk melakukan iklan palsu, tetapi anda perlu faham bahawa sekali “kantoi” nasib tidak akan menyebelahi anda. Jadilah telus, jujur dan bertanggungjawab sehabis baik, walaupun anda hanya memberikan perkhidmatan yang mungkin dianggap tidak menguntungkan.

 


Featured Image: Designed by rawpixel.com / Freepik


 

The post 6 Cara Membina Kepercayaan Pelanggan Melalui Media Sosial appeared first on SME Niaga.


Posted

in

by