• news

    Modal atau berniaga dahulu?

    Memandangkan ekonomi negara semakin kurang memuaskan dan perbelanjaan harian kian membebankan, ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sendiri. Ramai yang menjadikan wang sebagai alasan yang salah untuk memulakan perniagaan.

    Ramai beranggapan setiap perniagaan hanya boleh dimulakan dengan adanya wang yang banyak bagi mendapatkan keuntungan yang besar tanpa risiko yang tinggi. Atau bolehkah kita berniaga tanpa modal dan de­ngan modal yang kecil bagi menjana keuntungan yang tinggi dan lebih selamat?.

    Berbekalkan pengalaman perniagaan yang terbuku di dada yang telah saya kutip ketika saya masih berumur sembilan tahun, sehingga kini. Berikut adalah petua yang saya hendak kongsikan dengan pembaca Utusan Malaysia. Terdapat pelbagai cara bagi memulakan perniagaan yang boleh dilakukan tanpa modal dan tanpa menanggung kerugian yang banyak.

    Mula berniaga tanpa modal

    Pada masa kini, kemudahan untuk menjalankan perniagaan adalah jauh lebih mudah. Pengiklanan pula boleh dilakukan hanya dengan bajet yang minimum. Anda boleh mulakan berniaga sebagai ejen Dropship untuk mengukur sejauh mana kemampuan pemasaran bagi sesuatu produk sebelum anda menghasilkan produk sendiri.

    Sebagai ejen dropship, anda hanya perlu memasarkan se­suatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Setelah pembekal menerima bayaran, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal.

    Seterusnya, setiap penghantaran produk kepada pembeli akan dikendalikan dan ditanggung oleh pihak pembekal. Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal di atas keuntu­ngan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship hanya perlu membayar harga kos produk kepada pembekal de­ngan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Dengan sistem dropship ini, anda dapat mengaut keuntungan dengan lebih mudah tanpa mengeluarkan apa-apa modal.

    Syarikat saya sendiri turut mengaplikasikan sistem ejen Dropship bagi menggalakkan perniagaan dalam kalangan pengguna Vida Beauty, se­perti penuntut universiti dan ibu tunggal untuk menambah pendapatan bulanan mereka dengan memasarkan produk Vida Beauty tanpa mengeluarkan sebarang modal.

    Dengan keuntungan yang diperoleh daripada sistem ini. Mereka dapat menjana pendapatan dan mengumpul modal bagi membina perniagaan mereka sendiri. Tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi melalui pinjaman bank atau tanpa me­minjam langsung daripada pihak bank.

    Berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa

    Perlukah dan berbaloikah kita meninggalkan kerjaya yang sedia ada untuk membina empayar perniagaan sendiri? Pada pendapat saya, perniagaan patut dimulakan ketika kita masih bekerja. Kita tidak perlu berhenti kerja dan berikan tum­puan penuh untuk perniagaan yang akan dijalankan. Buat saja terlebih dahulu secara sambilan. Gaji bulanan yang sedia ada, gunakan untuk menyara hidup dan keperluan yang lain, termasuklah sedikit modal untuk menjayakan idea perniagaan impian.

    Kita juga tidak perlu membuat pinjaman yang banyak dan kemudiannya tertekan untuk mendapatkan pulangan secepat mungkin bagi membayar semula hutang. Dalam zaman komunikasi serba canggih ini, kemudahan untuk mulakan perniagaan tanpa perlu berhenti kerja adalah sesuatu yang mampu dilakukan dan mudah dilaksanakan. Asalkan kita boleh bahagikan masa dan tidak lari daripada tanggungjawab yang diberikan dalam kerja makan gaji, tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

    Ambillah masa untuk membina empayar perniagaan sendiri secara perlahan-lahan. Perkara yang paling utama, jangan membuat sebarang pinjaman secara mengejut dan tanpa peranca­ngan. Akan tiba satu masa, perniagaan tersebut akan berkembang dan mampu menanggung diri serta keluarga untuk berhenti kerja dan anda dapat memberikan tumpuan pada perniagaan tersebut sepenuh masa.

    Berniaga dengan modal kecil

    Selain itu, anda juga boleh memulakan perniagaan dengan menggunakan modal yang kecil. Seperti saya, modal paling kecil yang pernah saya belanjakan adalah sebanyak RM50. Ketika itu, saya hanya menjual kain batik, telekung, sambal daging dan keropok yang saya beli dari pembekal di Kelantan. Keuntungan daripada jualan tersebut saya kumpul untuk dijadikan modal pusingan dan simpanan bagi menampung kos perbelanjaan saya semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

    Setelah habis pengajian di USM, saya menjadi tenaga pe­ngajar di sebuah sekolah di Ipoh. Ketika itu, saya berniaga secara kecil-kecilan di pasar malam dan bazar Ramadan dengan modal yang saya ambil dari gaji bulanan saya. Keuntungan daripada jualan tersebut saya kumpul dan gunakan untuk menimba ilmu bagi membuka salun kecantikan saya sendiri. Saya dapat lihat perniagaan dalam bidang kecantikan mempunyai masa depan yang cerah dan serasi dengan minat saya. Bagi mencapai impian tersebut, saya telah mengikuti kursus dalam bidang kecantikan iaitu dandanan rambut dan solekan.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

    Sumber: Utusan Online

    Fetured Image: Designed by snowing / Freepik


    The post Modal atau berniaga dahulu? appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Modal atau berniaga dahulu?
  • news

    Masih guna buku Invoice atau buku Resit?

    Adakah anda masih menggunakan buku Invoice atau buku Resit bagi mengeluarkan dokument perniagaan anda? atau anda menggunakan masih menggunakan microsoft excel?.

    Antara perkara yang paling penting dalam menguruskan kewangan syarikat adalah menyimpan rekod dokumen kewangan dengan betul dan teratur. System UrusNiaga adalah salah satu sistem yang boleh kita gunakan dalam menyediakan rekod kewangan yang teratur.

    Sistem ini bukanlah sebuah sistem perkaunan yang komplikated dan sukar dikendalikan. Ia lebih kepada sistem penyediaan dokumen-dokumen perniagaan seperti Quotation (Sebut harga), Invoice, Purchase Order (PO), Delivery Order (DO), Payment Voucher (PV) dan banyak lagi.

    Selain dari penyediaan dokumen. Setiap dokumen yang dikeluarkan direkodkan secara teratur bagi memudahkan peniaga membuat pembayaran dan memantau bayaran yang diterima dan yang penting bayaran yang belum diterima.

    Sistem ini juga boleh digunakan di dalam pelbagai platform seperti Laptop/PC, Tablet, Handphone, ios, android. Yang penting sekali, ia amat mudah digunakan.

    Sistem ini juga menyediakan platform Point of Sales yang amat mudah digunakan. Kalau nak diceritakan satu per satu ciri-ciri System UrusNiaga ini memang banyak, tetapi lebih mudah jika anda mencubanya secara percuma selama 14 hari dengan klik link dibawah:

    https://register.urusniaga.my

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di Facebook Page SAS&Co

    SAS&Co adalah sebuah syarikat yang menyediakan accounting services, tax services, company secretarial services dan penasihat perniagaan.

    Fetured Image: Designed by mindandi / Freepik


    The post Masih guna buku Invoice atau buku Resit? appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Masih guna buku Invoice atau buku Resit?
  • news

    Hotel kucing punca rezeki

    Biar betul? Lengkap dengan pendingin hawa buat seekor kucing yang melangkah masuk untuk menginap di ‘hotel’ Kitty’s Cottage yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

    Bagaikan tetamu istimewa, kumpulan kucing yang menginap di Kitty’s Cottage akan dilayan dengan begitu sempurna, malah diberikan sepenuh kasih sayang oleh pemilik ‘hotel kucing’ itu.

    Apa yang lebih menarik, semua kucing yang dijaga di hotel Kitty’s Cottage akan mendapat pemantauan daripada kakitangan Klinik Haiwan dan Surgeri Kitty’s Cottage yang terletak di bahagian bawah pusat jagaan haiwan tersebut.

    Begitu bertuahnya kucing-kucing yang diserahkan kepada pemilik hotel kucing, A. Hamid Matt Mariano untuk dijaga buat sementara waktu sama ada bagi tempoh masa singkat atau lama, mengikut keperluan tuan empunya haiwan peliharaan tersebut.

    Kata A. Hamid, selain memberi keutamaan terhadap tahap kebersihan tempat penginapan kucing itu, dia juga mengambil berat aspek kesihatan dan keselesaan kucing jagaannya termasuk meletakkan jubin pada bahagian lantai sangkar haiwan itu.

    Menurutnya, bukan sahaja sangkar yang disediakan mempunyai keluasan sesuai bagi mengelakkan haiwan peliharaan itu mengalami stres, malah vaksin turut diberikan kepada kucing yang mengalami masalah kesihatan.

    “Apa yang istimewanya, Kitty’s Cottage seumpama sebuah pusat sehenti buat semua pencinta kucing. Tidak sahaja menyediakan khidmat menjaga, malah pemilik kucing juga boleh mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan yang terletak di bawah premis.

    “Di Kitty’s Cottage juga pelbagai jenis aksesori kucing boleh diperoleh dengan mudah termasuk sangkar, barang permainan, makanan, Litter Crystal yang mempunyai pelbagai wangian istimewa dan kelengkapan yang diperlukan oleh seekor kucing.

    “Bukan sahaja boleh menjimatkan masa, pemilik kucing juga tidak perlu khuatir dengan perkhidmatan yang diberikan kerana kami mempunyai kakitangan pakar termasuk doktor haiwan,” katanya kepada Mega Rona.

    Mengulas lanjut, A. Hamid berkata, selain empunya kucing tidak perlu bimbang meninggalkan haiwan kesayangan masing-masing bagi tempoh lama di hotel Kitty’s Cottage, jumlah kucing yang banyak juga diterima untuk dijaga daripada seorang pemilik.

    Jelasnya, menerusi ‘Sangkar Banglo’ yang disediakan, seorang pemilik yang mempunyai banyak kucing boleh menempatkan kesemuanya di dalam satu tempat yang sama, sekali gus tidak bercampur dengan kucing daripada pemilik lain.

    Katanya, bagi menjamin tahap keselamatan di premis penjagaan kucing itu dan mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, pihaknya menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau secara 24 jam menerusi telefon pintar.

    Tambahnya, bagi memastikan tidak ada kucing jagaan terlepas keluar dan melarikan diri, jaring besi dipasang di seluruh di kawasan premis itu.

    Menurutnya lagi, setiap sangkar mempunyai buku catatan sendiri bagi memastikan segala aktiviti, pemberian ubat sekiranya perlu dan tarikh kemasukan kucing ke pusat jagaan itu dicatat.

    Katanya, atas perkhidmatan terbaik yang disediakan termasuk Klinik Haiwan Kitty’s Cottage, hotel kucing miliknya mendapat sambutan luar biasa daripada pencinta kucing.

    “Pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, kami menerima lebih daripada 150 ekor kucing untuk dijaga. Alhamdulillah kami berjaya mengendalikan kesemua kucing yang ditinggalkan dengan baik,” katanya.

    Menurutnya, wad di Klinik Haiwan Kitty’s Cottage boleh menempatkan 10 ekor kucing dalam satu-satu masa bagi khidmat pembedahan termasuk pakej pemandulan kucing.

    Selain itu katanya, antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah klinik grooming kucing, membersih kucing tanpa tuan yang dihantar oleh orang ramai serta sesi bermanja dengan pelbagai jenis kucing secara percuma.

    “Apa yang mendorong saya membuka perniagaan ini adalah kerana saya seorang pencinta kucing. Malah perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam kepada haiwan itu ‘turun’ kepada anak saya, Dr. Nurzaty yang merupakan doktor di Klinik Haiwan Kitty’s Cottage. Beliau sekali gus menjadi rakan niaga saya sejak mula bisnes ini dijalankan bersama seorang lagi rakan kongsi, Hurairi Ismail,” katanya.

     


    Sumber: Utusan Online


     

    The post Hotel kucing punca rezeki appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Hotel kucing punca rezeki
  • news

    Perakaunan Penting untuk Usahawan

    Jika ditanya berkenaan akaun dikalangan usahawan. Boleh dikatakan, majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah perakaunan. Malah ada yang beranggapan Bank akaun tu adalah akaun untuk menunjukkan kedudukan kewangan syarikat. Ia tidak benar sama sekali dan bukanlah cara yang betul menunjukkan kedudukan kewangan sebenar sesebuah syarikat.

    Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Akaun atau Penyata Kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri daripada tiga bahagian. Imbangan Duga, Penyata Untung dan Rugi serta Penyata Aliran Tunai.

    Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan tiga bahagian tersebut.

    Imbangan Duga (Balance of estimation)

    Imbangan Duga membolehkan kita mengetahui kedudukan syarikat dari permulaan kita menjalankan perniagaan. Di dalam Imbangan Duga, kita juga boleh ketahui kedudukan aset, libiliti dan ekuiti syarikat. Ia sangatlah penting untuk kita mengetahui kedudukan sebenar syarikat sebelum membuat sesuatu keputusan. Seperti membeli bangunan, memberi bonus pada pekerja, membuat pelaburan dan membuat pinjaman dengan bank.

    Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement)

    Melalui penyata untung rugi kita dapat mengenal pasti kedudukan semasa perniagaan dari segi perjalanan operasi. Ini bermakna melalui penyata ini, kita boleh ketahui lebih tepat mengenai operasi syarikat sama ada menghasilkan keuntungan atau kerugian.

    Penyata Aliran Tunai (Cash flow statement)

    Penyata Aliran Tunai adalah cara untuk menunjukkan kedudukan keluar masuk wang syarikat. Dari penyata ini, kita boleh mengenal pasti perjalanan aliran tunai perniagaan, sama ada lebih banyak kearah operasi, pelaburan atau kewangan. Syarikat juga boleh mengetahui baki sebenar tunai yang boleh digunakan untuk sebarang pembayaran atau perbelanjaan.

     


    Fetured Image: Designed by Freepik


     

    The post Perakaunan Penting untuk Usahawan appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Perakaunan Penting untuk Usahawan
  • news

    Memulakan Perniagaan: Pernyataan Misi Perniagaan

    Pernyataan Misi atau dalam bahasa Inggerisnya Mission Statement adalah alat penting untuk pelan perniagaan anda. Ia ditulis dalam beberapa ayat ringkas, menyatakan intipati matlamat dan falsafah dasar perniagaan anda. Tidak kurang pentingnya, Pernyataan Misi menerangkan jenis perniagaan anda kepada pelanggan, pekerja, pembekal dan komuniti.

    Pernyataan misi mencerminkan setiap aspek perniagaan anda: pelbagai jenis produk yang anda tawarkan, harga, kualiti, perkhidmatan, kedudukan pasaran, potensi pertumbuhan, penggunaan teknologi, dan hubungan anda dengan pelanggan, pekerja, pembekal, pesaing dan komuniti.

    Berikut adalah beberapa tip untuk membuat Pernyataan misi yang berkesan.

    Pandangan orang lain

    Walaupun perniagaan anda berstatus syarikat enterprise dan milikan tunggal. Adalah wajar anda mendapatkan idea daripada sekurang-kurangnya satu orang lain untuk pernyataan misi anda. Orang lain dapat membantu anda melihat kekuatan dan kelemahan yang anda ada dan mungkin terlepas pandang. Jika anda tidak mempunyai rakan kongsi atau pelabur untuk berbincang, dapatkan pandangan dari ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat yang berilmu, pekerja atau akauntan. Walau bagaimanapun, pilih hanya yang positif sahaja, dan terima pandangan dari orang-orang yang menyokong dan benar-benar ingin melihat anda berjaya.

    Ambil masa untuk merangka

    Luangkan beberapa jam atau satu hari untuk memikirkan dan merangka kenyataan misi syarikat anda. Pernyataan misi selalunya pendek. Kebiasaannya lebih daripada satu ayat, tetapi jarang sekali melebihi satu muka surat. Malah, menulis pernyataan misi bukanlah satu proses yang singkat. Ia akan mengambil masa, untuk menggubah sebuah pernyataan misi dalam bahasa yang mudah, pada masa yang sama menerangkan jiwa dan hati sebuah organisasi, dan akan berfungsi sebagai lampu yang menjadi sumber inspirasi kepada semua yang terlibat dalam perniagaan.

    Tetapkan tarikh

    Luangkan masa untuk bertemu dengan orang yang akan membantu anda. Tulis senarai topik untuk dibincang atau difikirkan. Cari tempat yang tenang dan selesa, jauh dari telefon dan gangguan.

    Bersedia

    Jika anda melbatkan ramai orang, sediakan makanan dan minuman, senarai topik tambahan, kertas dan pensel. Tidak semua orang memahami kenyataan misi syarikat anda, jelaskan maksud dan tujuan anda sebelum memulakan perbincangan.

    Berbincang

    Pertimbangkan setiap idea, walaupun bunyinya tidak diterima akal. Merangsang idea dengan melihat Pernyataan misi lain-lain organisasi dan memikirkan atau membincangkan soalan-soalan dalam bahagian yang lepas. Jika anda bekerja dalam satu kumpulan, gunakan carta flip untuk merekodkan jawapan, supaya semua orang boleh melihatnya. Sebaik sahaja anda selesai berbincang, minta semua orang untuk menulis penyata misi individu untuk perniagaan anda. Baca pernyataan itu, pilih idea terbaik dan sesuai, gabungkan kesemua untuk menjadikan satu pernyataan.

    Gunakan perkataan yang bersemangat

    Sebaik sahaja anda mempunyai idea asas secara bertulis, anda perlu menggilap bahasa pernyataan misi. “Setiap perkataan penting,” kata Abraham Lincoln. Pernyataan misi perlu mewujudkan imej visual yang dinamik, dan memberi inspirasi untuk bertindak. Gunakan perkataan menyerlah, kata kerja dan kata sifat berwarna-warni untuk menerangkan pernyataan anda. Jangan teragak-agak untuk menggunakan perkataan seperti ‘bagus’, ‘sangat hebat’ dan ‘kagum’ untuk menambah semangat. Jika anda ingin pelanggan memuji barangan dan perkhidmatan anda, galakkan mereka memberi pujian dan minta mereka memberi sebab mengapa. Sesetengah perniagaan memberi glosari yang mentakrifkan istilah yang digunakan di dalam pernyataan misi.

    Setelah pernyataan misi anda selesai, sebarkannya kepada semua yang terlibat. Anda perlu menyebarkan pernyataan misi anda kepada orang lain di dalam dan di luar perniagaan untuk memberitahu semua orang arah tuju anda dan mengapa. Paparkan ia di pejabat anda, di mana anda, pekerja dan pelawat boleh melihat setiap hari. Cetakkan ke atas bahan-bahan syarikat, seperti brosur, pelan perniagaan dan di bahagian belakang kad perniagaan anda.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

    Fetured Image: pixabay.com


     

    The post Memulakan Perniagaan: Pernyataan Misi Perniagaan appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Memulakan Perniagaan: Pernyataan Misi Perniagaan
  • news

    Memulakan Perniagaan: Objektif Perniagaan

    Objektif perniagaan adalah kenyataan khusus yang memberikan anggaran pertumbuhan atau pembangunan syarikat.  Ia penting untuk merangka arah tuju perniagaan. Jika anda menjalankan perniagaan tanpa apa-apa objektif perniagaan, anda tidak akan dapat berkembang di mana-mana arah dengan jayanya. Objektif perniagaan memberi anda pemahaman yang lebih baik mengenai di mana anda berdiri, bagaimana untuk memperbaiki keadaan dan apa perubahan yang diperlukan untuk mencapai objektif anda. Tidak mempunyai objektif perniagaan membawa kepada perniagaan yang tiada arah tuju, berkemungkinan besar akan gagal.

    Beberapa contoh Objektif Perniagaan adalah:

    • Jual 1000 unit produk A dan 500 produk B sebelum 31 Disember 2020. Atau
    • Kekalkan sekurang-kurangnya 5%  pasaran dalam segmen minuman ringan di Petaling Jaya untuk sepanjang tahun 2021.

    Apabila menetapkan objektif perniagaan, anda perlu memastikan perkara seperti berikut.

    Kuantitatif

    Ojektif perniagaan perlu dinyatakan dengan tepat. Ia tidak boleh dinyatakan samar-samar seperti, ‘jualan kami mesti bertambah!’ bertambah apa? tak tahu.

    Jangka masa khusus dan tepat

    Jangk masa yang dinyatakan dalam objektif perniagaan mestilah khusus dan tepat. Ini membantu anda untuk memahami kedudukan perniagaan anda berbanding dengan masa untuk mencapai objektif semasa anda.

    Fleksibel

    Objektif perniagaan anda mestilah fleksibel dan dapat disesuaikan dengan perubahan yang akan berlaku dalam perniagaan. Jika keadaan perniagaan berubah, objektif perniagaan perlu berubah untuk mencerminkan perubahan ini

    Mudah difahami

    Objektif perniagaan hendaklah dibuat dengan cara yang mudah difahami. Ini membantu dalam meyampaikan objektif anda kepada pelabur, pekerja, rakan-rakan dan sebagainya. Jika objektif perniagaan tidak mudah difahami, ia menjadi sangat sukar untuk dicapai.

    Realistik

    Objektif perniagaan anda mestilah realistik, jikalau ia tidak realistik dan tidak boleh dicapai, ia mungkin berakhir dengan kekecewaan diri sendiri dan pelabur.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

    Fetured Image: pixabay.com


     

    The post Memulakan Perniagaan: Objektif Perniagaan appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Memulakan Perniagaan: Objektif Perniagaan
  • news

    Memulakan Perniagaan: Memilih Pekerja Utama

    Mengenal pasti pekerja utama atau key person bagi perniagaan anda adalah sangat penting. Ia bukanlah satu masalah yang besar jika syarikat anda berstatus pemilikan tunggal. Kerana hanya anda seorang  sahaja yang akan menjalankan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, jika perniagaan anda melibatkan pekerja lain, maka anda perlu mengenal pasti pekerja utama untuk di beri keutamaan dan tanggung jawab yang lebih. Kejayaan dan masa depan syarikat anda bergantung kepada kemahiran, pengalaman dan usaha kakitangan penting tersebut.

    Anda perlu mengenal pasti kakitangan utama dengan memeriksa latar belakang, bidang kepakaran mereka, dan apa-apa sumbangan yang telah diberikan menambah baik perjalanan perniagaan anda. Mengetahui dan memahami visi dan misi perniagaan anda sangat membantu dalam mencari kakitangan utama yang sesuai.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

    Fetured Image: pixabay.com


     

    The post Memulakan Perniagaan: Memilih Pekerja Utama appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Memulakan Perniagaan: Memilih Pekerja Utama
  • news

    Memulakan Perniagaan: Perniagaan Milikan Tunggal

    Perniagaan Milikan Tunggal adalah satu bentuk perniagaan yang ditubuhkan semata-mata untuk dijalankan oleh satu orang sahaja. Semua aktiviti di dalam perniagaan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik. Bagi perniagaan ini, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Tanggungan tidak berhad bermakna bahawa pemilik akan menanggung sendiri segala hutang perniagaan yang ada.

    Penjelasan lanjut perihal liabiliti

    Penjelasan lanjut mengenai liabiliti yang tidak terhad seperti berikut. Jika perniagaan Milikan Tunggal gagal atau dia tidak berupaya untuk membayar balik hutang, pemiutang mempunyai hak untuk mendakwa dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut hutang yang terhutang oleh perniagaan, terhadap aset peribadinya. Aset peribadi bermakna simpanan wang tunai, rumah, kereta dan lain-lain ‘barang persendirian yang boleh dijadikan tunai’ untuk membayar balik hutang yang dibuat oleh pemilik perniagaan.

    Kelebihan

    • Bentuk perniagaan ini murah dan mudah untuk ditubuhkan, dan ia hanya memerlukan dokumentasi dan kertas kerja yang minima.
    • Tidak banyak garis panduan dan formaliti di mana tidak ada keperluan untuk melantik juruaudit, setiausaha syarikat atau ejen cukai.
    • Pemilik tidak perlu mendedahkan penyata kewangan kepada orang ramai.
    • Mudah untuk mengubah struktur perniagaan jika perniagaan berkembang, atau jika ingin menutup perniagaan.

    Kelemahan

    • Liabiliti yang tidak terhad, bermakna semua aset peribadi pemilik menghadapi risiko sekiranya keadaan menjadi buruk.
    • Peluang untuk merancang keperluan cukai adalah terhad kerana tidak boleh mengasingkan keuntungan atau kerugian perniagaan yang dibuat dengan ahli keluarga.
    • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk membayar cukai ke atas semua pendapatan yang diperolehi.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

    Fetured Image: pixabay.com


     

    The post Memulakan Perniagaan: Perniagaan Milikan Tunggal appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Memulakan Perniagaan: Perniagaan Milikan Tunggal
  • news

    Jangan Takut dan Jangan Mengalah

    Antara usahawan tempatan yang sangat memberi inspirasi diatas kejayaan beliau dan ramai yang cuba untuk mengikuti saranannya ialah Tuan Hj Ali Hassan bin Mohd Hassan.

    Sebut nama beliau mungkin ramai yang tidak kenal. Tapi bila sebut Al-Ikhsan, sudah pasti ramai yang tahu. Tuan Hj Ali Hassan ialah Pengasas dan Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

    Nota ini telah dicatatkan semasa sesi perkongsian beliau di slot Inspirasi radio IKIM beberapa tahun lepas. Dikongsikan supaya menjadi inspirasi anda semua.

    Segalanya bermula dari keluarga

    alihassan

    Anak bongsu daripada 8 adik beradik. Keluarganya sangat menekankan pendidikan agama di rumah. Anak yang nakal. Pernah dihalau dari rumah kerana tidak solat awal waktu. Awal waktu OK. Bukan tidak solat. Semasa dihalau, beliau berkelana selama sebulan dan akhirnya kembali ke rumah tanpa dicari oleh keluarganya.

    Beliau sangat menyanjungi ibu dan ayahnya dan beliau percaya pembentukan peribadinya adalah hasil didikan kedua ibubapanya.

    Ibu dan ayahnya seorang yang kuat bersedekah. Semasa ayahnya pencen, separuh daripada duit pencennya disedekahkan.

    Beliau pernah bertanya, apakah yang ibunya doakan dia setiap kali lepas solat. Ibunya kata ibu doakan supaya Ali berjaya dan kaya, bagi ibu duit yang banyak supaya ibu boleh bersedekah lebih banyak! Mashaallah! Dahsyatnya doa seorang ibu sehingga menjadikan beliau benar-benar berjaya.

    Sebab itu beliau percaya, rahsia kejayaannnya adalah kerana investment ibu bapanya yang kuat bersedekah dan kuat berdoa untuk anak-anak mereka, di samping amalan keluarganya juga iaitu:

    1. Jaga solat awal waktu
    2. Jaga hubungan dengan ibu dan bapa
    3. Bersedekah

    Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan

    Selepas menamatkan pendidikan dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM, beliau dapat tawaran ke luar negara. Tapi ditolak kerana kesusahan keluarga dan ingin membantu keluarga.

    Memulakan perniagaan menjual kasut sukan dengan modal RM50 sahaja sehingga dapat membuka kiosk kecil bersaiz 100 kaki persegi dengan seorang pekerja. Sekarang beliau telah mempunyai 117 cawangan Al-Ikhsan dan menjadi champion dalam bidang ini selepas 26 tahun, iaitu sejak tahun 1993.

    Pesanan beliau jika ingin berjaya dalam perniagaan:

    #1 – Jangan Takut dan Jangan Mengalah

    Ketika syarikat kita kecil memang banyak masalah. Sama macam beliau juga. Kurang modal. Bank tidak mahu bagi pinjaman. Di pandang rendah terutama apabila ingin menyewa lot kedai di pasaraya-pasaraya besar. Ketika itu big player dalam bidang sukan ialah bukan bumiputra.

    Tapi anggaplah perniagaan kita macam peperangan Badar. Tentera Islam ketika itu hanya 300 orang dan tentera musuh 1000 orang. Tapi tentera Islam mendapat kemenangan besar. Yang penting yakin dengan perniagaan kita dan bersabar.

    Sekarang Al-Ikhsan adalah pemain utama dalam industri peralatan sukan di Malaysia. Dari retailer kepada wholesaler dan sekarang menjadi main distributor untuk jenama-jenama terkenal seperti Asics, Canterbury dan Teka. Paling menarik jenama-jenama ini yang mencari dan meminta Al-Ikhsan untuk menjualkan produk mereka. Bukan Al-Ikhsan yang datang kepada mereka.

    #2 – Betulkan niat dan fokus

    Seperti solat yang dimulakan dengan niat, bisnes juga kena betulkan niat. Jika niat nak menipu orang memang hidup akan huru-hara. Tapi jika niat ingin membantu orang atau pelanggan, pasti Allah akan bantu.

    Pesan beliau, fokus dalam satu bidang dan jangan mengalah. Orang yang asyik melompat dari satu perniagaan ke satu perniagaan akan susah nak berjaya atau jika berjaya pun, kejayaannya akan biasa-biasa sahaja

    Sebab itu bila beliau fokus dalam satu bidang, kita boleh mengembangkan perniagaan dalam bidang yang sama dan menjadi pakar dalam bidang itu. Perniagaan kita juga akan menjadi kuat dan insyaallah pelbagai cabaran ketika fasa ini akan dapat diatasi dengan mudah.

    Seperti beliau yang bermula sebagai retailer, wholesaler dan sekarang major distributor untuk jenama antarabangsa. Bisnes beliau masih berkait dengan peralatan sukan. Go deep, not wide! Jadikan perniagaan kita seperti akar tunjang.

    #3 – Cari ilmu dan bertindak cepat

    Sentiasa belajar dan terus amalkan ilmu itu secepat mungkin. Anak muda sekarang katanya, baca macam-macam ilmu di internet. Sertai pelbagai seminar perniagaan. Tetapi apabila tidak buat, tiadalah hasilnya.

    Seperti kita kaji buah durian. Bertahun-tahun kaji tapi tidak pernah kopek dan rasa, kita tidak akan tahu kenikmatannya.

    #4 – Jangan sibuk nak buka cawangan

    Yang ada tu mantapkan dulu. Jana kewangan semaksimum mungkin. Dah mantap, ada sistem yang terbukti berkesan, baru kembangkan.

    #5 – Jangan sibuk nak jumpa ramai orang

    Jadilah seperti helang, lone ranger tapi terbang gagah diangkasa dan digeruni.

    #6 – Jangan berlagak pandai

    Sentiasa tunjuk bodoh bila jumpa orang lain. Melainkan orang itu yang minta pendapat kita.

    #7 – Jangan malas

    Beliau semasa diperingkat awal berniaga, bekerja sehingga 18 jam setiap hari.

    Program CRS

    Syarikatnya meneruskan amalan bersedekah kedua ibubapanya. Beliau telah menubuhkan team CSR yang bertugas mencari pelajar susah setiap minggu. Memberi motivasi talk secara percuma kepada pelajar-pelajar universiti. Beliau niatkan pahalanya diberikan kepada kedua ibubapanya.

    Malah kubur ibunya sentiasa diziarahi oleh anak yatim kerana sepanjang hayat ibunya beliau ada dua rumah anak-anak yatim. Pesanan beliau, kejarlah akhirat, dunia akan mengejar kita.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Puan Rosfazila Ramli


     

    The post Jangan Takut dan Jangan Mengalah appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Jangan Takut dan Jangan Mengalah
  • news

    Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati

    Selain daripada kejayaan Neelofa, ini salah satu lagi ikon dalam bidang kecantikan yang dikongsikan kisah kejayaannya.

    Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati

    Terkenal dengan tagline ‘Nampak Lawa’. Puteri sulung Allahyarham Dato’ Sosilawati menjadi CEO dan menggalas tanggungjawab besar secara serta-merta pada usia 25 tahun. Peristiwa yang meruntun jiwa itu berlaku ketika 10 hari lagi umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidil Fitri 6 tahun (2013) yang lepas.

    Tekanan hebat yang dihadapi

    • Kehilangan ibu yang menjadi tonggak kekuatan
    • Kekalutan operasi syarikat
    • Akaun syarikat ditutup dan dibekukan oleh pihak bank sebaik sahaja peristiwa itu tersebar
    • Duit syarikat tidak boleh dikeluarkan dan pening memikirkan bagaimana hendak membayar gaji pekerja lebih-lebih lagi nak dekat raya. Beliau akhirnya meminta semua adik beradik mengeluarkan simpanan masing-masing untuk membayar gaji pekerja.
    • Hutang supplier tak boleh nak bayar.
    • Bank menagih hutang sedangkan akaun dibekukan.
    • Staff ramai yang ingin berhenti kerja sebab tidak percaya dengan kemampuan beliau yang sangat muda ketika itu untuk mengurus syarikat.
    • Cuba untuk membuka akaun lain untuk syarikat tetapi direject oleh semua bank kecuali satu bank sahaja. Beliau masih setia dengan bank tersebut sebagai tanda terima kasih.

    Walaupun berat masalah yang ditanggung, beliau tidak mengaku kalah.

    Antara tindakan yang diambil

    1. Meminta kakitangan lama dan berpengalaman agar stay bersamanya sekurang-kurangnya 6 bulan.
    2. Pergi jumpa supplier dan berbincang. Alhamdulillah supplier semua percaya kepada syarikatnya disebabkan ibunya tidak pernah culas membayar hutang. Beliau diberikan kredit selama 6 bulan.
    3. Berbincang dengan bank untuk mencari solusi terbaik untuk pembayaran hutang.

    Akaun bank syarikat dibekukan selama 5 tahun. Tahun 2015 baru kes pembekuan akaun bank selesai. Ini bermakna, beliau sebenarnya memulakan bisnes secara ZERO! Cuma beliau bernasib baik jenama NV masih dikenali dan permintaan masih ada.

    Mengapa beliau menaja Akademi Fantasia

    • Syarikat NV telah berusia 22 tahun. Pelanggan NV kebanyakannya telah berusiasekitar  35 hingga 45 tahun.
    • Beliau menaja AF dan melabur sebanyak 2.8 juta untuk mensasarkan golongan remaja, supaya NV mampu kekal lagi 20 tahun.

    Cerita disebalik tagline ‘Nampak Lawa’

    Selepas sah untuk menaja AF, pihak astro mencadangkan NV membuat tagline seperti ‘Qu Puteh’ atau ‘Terlajak Laris’. Tapi beliau kata, jika dia menjadi pengikut, selamanya beliau akan jadi orang dibelakang. Jadi beliau ingin mencari kelainan. Lagu berbentuk “jingle’ menjadi pilihan.

    Beliau mencari seorang penggubah lagu. Maka terhasillah lagu ‘Nampak Lawa’.

    Masalahnya, siapa pula akan menyanyikannya. Penggubah lagu mencadangkan seorang penyanyj. Kosnya adalah RM20K untuk hanya beberapa saat menyanyikan lagu tersebut.

    Akhirnya beliau menyuruh komposer tersebut jadikan dia sampai boleh menyanyi. Dan dia tidak malu untuk menyanyi dan beraksi sebagai model jika itu boleh menjimatkan kos.

    Pesanan Rita

    Bagaimana untuk terus kekal dan relevan dalam industri.

    • Sentiasa buat produk yang mengikut peredaran zaman. Sentiasa alert dengan perkembangan industri.
    • Jangan invest pada benda yang salah. Kena tahu iklan di majalah untuk apa. Iklan di akhbar untuk apa. Iklan di radio pula untuk apa. Bukan semua iklan menghasilkan jualan yang banyak.
    • Dahulu pada zaman ibu beliau marketing banyak di media cetak.
    • Tetapi sejak 2 tahun lepas beliau fokus 80% pemasaran di media sosial. Kos lebih murah dan capaian lebih luas
    • Sejak beliau memegang tampuk NV, keuntungan yang diperolehi 8x ganda lebih banyak berbanding pada zaman ibunya.

    Tahniah Rita. Usahawan muda yang kental dan jelas misi dan visinya.

     


    Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis oleh Puan Rosfazila Ramli


     

    The post Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati appeared first on SME Niaga.

    Comments Off on Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati